Taksonomi Bloom mula diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun
1956. Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin
dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan motor-psiko.
Domain kognitif digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual. Manakala
domain afektif digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah
diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan
dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus
reka bentuk sistem dan sebagainya. Domain motor-psiko pula bertujuan
mengukur kemahiran praktikal dan teknikal. Kemahiran ini diterapkan melalui
proses latihan industri, ujikaji makmal dan juga lawatan teknikal.
Di dalam setiap domain ini terdapat beberapa aras atau peringkat yang disusun daripada yang mudah kepada yang susah. Aras-aras ini juga dikenali sebagai taksonomi objektif pengajaran dan pembelajaran.ARAS DOMAIN KOGNITIF
Aras-aras domain kognitif merangkumi peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang ilmu pengetahuan. Mengikut buku Taxonomy of Education Objectives, aras-aras domain kognitif disusun dalam enam peringkat utama, iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Aras-aras domain kognitif | Kategori mengikut urutan |
Pengetahuan
| a) Pengetahuan tentang perkara-perkara khusus · Pengetahuan terminologi seperti simbol, istilah dan definisi. · Pengetahuan fakta-fakta khusus seperti mengetahui nama tempat, bahan, ciri-ciri benda, tarikh dan kejadian. b) Pengetahuan cara atau kaedah mengurus perkara khusus. · Pengetahuan perkaedahan lazim : mengetahui peraturan menulis surat surat dan menggunakan tatabahasa. · Pengetahuan aliran dan turutan : mengetahui perubahan-perubahan yang berlaku pada masa kini, evolusi dan perubahan sikap. · Pengetahuan pengelasan dan kategori : mengetahui jenis-jenis invertebrata dan vertebrata, jenis-jenis kerajaan dan perniagaan. · Pengetahuan kriteria : mengetahui kriteria untuk menilai makanan bersih atau berzat, kriteria untuk menulis sebuah esei yang baik. · Pengetahuan metodologi : mengingat kembali cara-cara belajar . c) Pengetahuan tentang perkara universal dan abstrak dalam sesuatu bidang. · Pengetahuan prinsip dan generalisasi seperti hukum dan prinsip sesuatu fenomena. · Pengetahuan teori dan struktur seperti teori pembelajaran. |
Kefahaman
| a) Aras penterjemahan · Merujuk kepada kebolehan menterjemahkan sesuatu maklumat kepada bentuk yang lain seperti menyatakan semula sesuatu masalah dengan perkataan sendiri. b) Aras interpretasi · Merujuk kepada kebolehan memberi tafsiran atau makna mengenai sesuatu maklumat. c) Aras ekstrapolasi · Merujuk kepada kebolehan melanjutkan huraian daripada maklumat asal yang diterima. |
Aplikasi
| a) Penggunaan pengetahuan dan kefahaman. |
Analisis
| a) Analisis unsur · Aras ini memerlukan kemahiran membezakan fakta-fakta yang telah dikenali serta disusun mengikut sesuatu sistem. b) Analisis perhubungan · Aras ini memerlukan kemahiran memahami saling kaitan di antara idea-idea dalam sesuatu petikan. Dalam hal ini, murid boleh mengesan perhubungan dan interaksi di antara unsur-unsur tersebut. c) Analisis prinsip organisasi · Aras ini memerlukan kebolehan mengenal dan mengesan organisasi, susunan sistematik dan struktur yang menyatukan sesuatu perkara, sama ada secara eksplisit atau implisit. |
Sintesis
| a) Penghasilan komunikasi unik · Aras ini merujuk kepada kemahiran menyampaikan idea-idea, perasaan atau pengalaman secara tersusun. b) Penghasilan sesuatu rancangan atau cadangan sesuatu operasi · Aras ini merujuk kepada kebolehan menyediakan atau mencadangkan sesuatu rancangan seperti merancang sesuatu persediaan mengajar. c) Pembentukan perhubungan abstrak · Aras ini merujuk kepada kebolehan membentuk suatu set perhubungan yang abstrak untuk menerangkan atau mengelaskan data atau fenomena. |
Penilaian
| a) Pertimbangan dari segi bukti dalam · Merujik kepada penilaian yang dibuat ke atas kejituan fakta-fakta yang terkandung dalam pernyataan, laporan atau sesuatu bahan. b) Pertimbangan dari segi kriteria luar · Merujuk kepada kebolehan membuat perbandingan teori-teori, generalisasi-generalisasi atau fakta mengenai sesuatu kebudayaan. |
TAHAP | ISTILAH |
PengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. | Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan. |
KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf. | Pilih, terangkan, tulis semula. |
AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll. | selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat. |
AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi. | Bezakan, pasti, pilih. |
SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi. | Bina, hasilkan, susun, kembangkan. |
PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik | Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan. |
ARAS-ARAS DOMAIN AFEKTIF
Aras-aras domain afektif adalah peringkat-peringkat yang terdapat dalam bidang perasaan, emosi, sikap dan nilai. Aras-aras ini telah disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Bloom dan Bertram M. Masia di dalam tajuk The Classification of Educational Goals, Handbook 2; Affective Domain, 1964. Mengikut David R. Krathwohl, aras-aras domain afektif boleh disusun dalam lima peringkat, iaitu penerimaan, membalas, menilai, organisasi dan perwatakan berdasarkan nilai.
Aras-aras domain afektif | Kategori mengikut urutan |
Penerimaan
| a) Kesedaran · Kesedaran faktor-faktor estetik yang mempengaruhi kecantikan sesuatu benda, seni lukis, reka bentuk dan sebagainya. b) Kesanggupan menerima · Kesanggupan memberi perhatian, mendengar ucapan orang dan menunjukkan toleransi serta menghormati kebudayaan yang berlainan. c) Perhatian terkawal atau terpilih · Kebolehan memberikan perhatian kepada sesuatu rangsangan terpilih seperti mendengar orang mendeklamasi sajak. |
Bertindak balas
| a) Persetujuan membalas · Melibatkan kemahuan dan kesediaan mematuhi peraturan-peraturan sedia ada. b) Kesediaan membalas · Menunjukkan sifat sukarela membalas, iaitu melaksanakan tugas tanpa dipaksa. c) Kepuasan membalas · Merujuk kepada perasaan kepuasan semasa bertindak balasseperti merasa puas hati apabila melaksanakan aktiviti pembelajaran. |
Menilai
| a) Penerimaan · Merujuk kepada kebolehan menentukan nilai sesuatu benda, fenomena, tingkah laku dan sebagainya. · Pada peringkat ini, murid menunjukkan kepercayaannya dengan keinginan melakukan sesuatu yang baik. b) Pilihan · Sesuatu nilai menunjukkan usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. · Menjalankan tugas mengikut kriteria-kriteria yang sedia ada. c) Penglibatan · Merujuk kepada kepercayaan teguh terhadap nilai yang dipilih sehingga sanggup melibatkan diri secara aktif dalam usaha mengembangkan nilai itu. |
Organisasi
| a) Penanggapan · Kebolehan membentuk konsep yang abstrak terhadap sesuatu nilai seperti berusaha mengenal pasti ciri-ciri sesuatu objek yang diminati. b) Organisasi · Kebolehan menyatukan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem di antaranya. |
Perwatakan
| a) Set am · Kebolehan mengekalkan nilai-nilainya dalam sistem yang dibentuk pada bila-bila masa. b) Perwatakan · Sifat ketekalan terhadap kepercayaan yang kuat dan tidak berubah terhadap sistem nilai yang dibentuk sehinggakan ciri-ciri ini menjadi falsafah hidupnya. |