INSTRUMEN PENILAIAN PBS
Antara aktiviti atau instrumen pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan sebagainya.
Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama ada murid telah menguasai apa yang diajar atau belum.
| STANDARD | DESKRIPSI | EVIDEN / INSTRUMEN |
BAND 1 | Membaca asas bacaan- huruf vokal, suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul. | Murid boleh membaca kuat huruf vokal, suku kata terbuka dan suka kata tertutup dengan ; Sebutan – jelas Bacaan – lancar Menjawab soalan menggunakan diksi yang betul. Sebutan jelas, membunyikan suku kata dengan betul dan konsisten. Membaca dengan bimbingan. |
Membaca huruf vokal Suku kata terbuka dana tertutup (kad suku kata) |
Band 2 | Membaca perkataan dan memahami, frasa dan ayat tungga ldaripada pelbagai sumber dengan dengan betul. | Murid boleh membaca kuat perkataan frasa, dan ayat tunggal dengan ; Sebutan – jelas Intonasi - betul Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi yang betul. lancar dan mengikut tanda baca Konsisten - Sebutan dan membunyikan perkataan, frasa dan ayat tunggal dengan betul, jelas serta memahaminya. Membaca dengan bimbingan. |
Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal. |
BAND 3 | Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. | Murid boleh membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk dengan ; Sebutan – jelas Intonasi - betul Betul –Menjawab soalan mengunakan diksi yang betul. lancar dan mengikut tanda baca Konsisten - Sebutan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul, jelas serta memahaminya. Membaca sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk
|
BAND 4 | Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul | Murid boleh membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan dengan ; Betul –Membaca kuat petikan dengan sebutan yang betul dan jelas Intonasi – betul dan tepat dari segi tanda baca Konsisten -Membaca dengan sebutan betul, jelas serta memahaminya. Membaca sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca daripada pelbagai bahan |
BAND 5 | Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. | Murid boleh membaca dan menaakul bahan bacaan dari pelbagai sumber dengan; Sebutan – Membaca dengan sebutan yang jelas. Intonasi – betul dan tepat berdasarkan tanda baca. Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi yang betul, lancar dan mengikut tanda baca Konsisten - Sentiasa membaca dan memahami kandungan teks Membaca dan memahami teks dengan sendiri tanpa bimbingan.
|
Membaca teks daripada pelbagai sumber.
|
BAND 6 | Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca | Murid boleh membaca , memahami dan menerangkan isi kandungan teks daripada pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata, menambah pengetahuan, dan boleh ; Membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta konsisten dan tanpa bimbingan |
Bahan bacaan sastera dan bukan sastera. |
PANDUAN KEMAHIRAN MEMBACA TAHUN 1
WAJARAN
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP | PAJSK | PS | PP |
Prasekolah | 20% | 80% | - |
Tahun 1 – Tahun 3 | 30% | 70% | - |
Tahun 4 – Tahun 6 | 20% | 50% | 30% |
Tahun 7 - Tahun 9 | 20% | 30% | 50% |
Tahun 10 – Tahun 12 | 10% | 10% | 10% |
§ Pentaksiran Sekolah (PS)
§ Pentaksiran Pusat (PP)
§ Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§ Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan
PELAKSANAAN
- Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
- Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran skor ke LPM
- Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang
- Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan
- Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambil. Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
- Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut