Pages

Monday, 24 October 2011

INTERAKSI 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI KONTRAK PEMBELAJARAN

  • Merupakan perjanjian pembelajaran atau sesuatu persetujuan/ kontrak yang dibuat di antara guru dengan pelajar (individu/ berkumpulan).
  • Perjanjian ini dibuat secara bertulis.
  • Perjanjian akan ditandatangani oleh kedua-dua belah pihak setelah bersetuju dengan kriteria dan syarat yang disenaraikan.
  • Kriteria ini  ditetapkan oleh guru. 
  • Terdapat kompromi dalam kriteria yang telah ditetapkan.


KRITERIA-KRITERIA YANG BERKAITAN

  • Bentuk akhir tugasan yang dilaksanakan.
  • Bagaimana tugasan dilaksanakan.
  • Tempoh masa bagi menyiapkan tugasan.
  • Konsekuen yang akan diterima oleh pihak yang gagal memenuhi kontrak tersebut.

FUNGSI KONTRAK PEMBELAJARAN

  • Pelajar dapat mengenal pasti dan merekod aktiviti pmbelajaran.
  • Dapat menetapkan objektif dan matlamat pembelajaran kendiri.
  • Dapat mengenal pasti kaedah/ strategi yang boleh diambil bagi mencapai matlamat pembelajaran.
  • Dapat menetapkan jangka masa pelaksanaan dan penghasilan sesuatu projek.
  • Dapat mempamerkan bukti yang menunjukkan objektif yang telah dicapai dalam sesuatu proses pembelajaran.
  • Dapat menentukan cara dan tahap pencapaian sesuatu tugasan yang dinilai.
  • Memberikan peluan kepada pelajar untuk menentukan matlamat pembelajaran mengikut minat dan keupayaan masing-masing.
  • Hasil kerja  lebih terancang.
  • Membantu pelajar untuk membuat refleksi sepanjang proses penyiapan tugasan.

CARA MENGGUNAKAN KAEDAH KONTRAK PEMBELAJARAN

  1. Penilaian objektif tugasan
  2. Hasil pembelajaran
  3. Penilaian
  4. Format/ bentuk

PENILAIAN OBJEKTIF TUGASAN

  • Guru menentukan objektif, manakala pelajar menetapkan strategi pelaksanaan.
  • Guru menyarankan beberapa set objektif, pelajar akan memilih objektif yang difikirkan paling sesuai baginya.
  • Pelajar merangka beberapa objektif, kemudian guru akan menyetujui objektif yang paling sesuai.

HASIL PEMBELAJARAN

  • Pelajar bertanggungjawab terhadap strategi pembelajaran bentuk tugasannya sama ada dalam bentuk portfolio, laporan kajian dan sebagainya.
  • Jenis atau bentuk hasil pembelajaran telah ditentukan oleh guru terlebih dahulu.

PENILAIAN

  • Pelajar menyatakan gred akademik yang diharapkan dan sistem penggredan untuk keseluruhan kontrak mereka.
  • Guru menentukan sistem penggredan dan kaedah penilaian keseluruhan proses serta hasil tugasan.
  • Gred terakhir boleh dibincangkan. Kompromi di antara guru dan pelajar berdasarkan kriteria/ syarat-syarat tertentu.
  • Dibuat oleh individu yang berkenaan/ rakan sebaya.

BENTUK KONTRAK PEMBELAJARAN

  • Keperluan tugasan/ kontrak boleh dibuat mengikut bentuk/ keperluan tugasan dan pihak yang terlibat.
  • Sesetengah kontrak/ tugasan berbentuk formal. Prosedur pelaksanaan akan dinyatakan dengan jelas dan terperinci.
  • Terdapat juga kontrak yang berbetuk tidak formal, tetapi dijalankan secara terancang dan jelas.

Kontrak pembelajaran melatih pelajar bagi membuat refleksi dan andaian terhadap proses dan kesan tindakannya dalam merancang tugasan pembelajaran. Pelajar dikehendaki memperoleh dan memilih maklumat yang sesuai, disamping memperlihatkan bukti yang kukuh tentang kesahihan maklumat yang diperolehi.

No comments:

Post a Comment