Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan sistem pentaksiran yang dirancang bagi menilaian pencapaian murid daripada aspek kebolehan secara menyeluruh, kokurikulum, psikometrik, sikap , kcenderungan serta minat . Pentaksiran ini dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, instrumen bagi pentaksiran yang dijalankan telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mana merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan. Sistem penilaian ini bertujuan untuk membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan. Hal ini membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment of learning).
RASIONAL
i. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
ii. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa.
iii. Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
iv. Guru dapat merancang dan mengubah suai pengajarannya.
v. Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta - merta.
CIRI-CIRI PBS
- Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
- Keserasian dengan kehendak kurikulum.
- Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam P&P
- Berpusatkan calon
- Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak relatif kepada calon lain
- Luwes
- Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah – ditaksir bila calon bersedia
- Berpaksikan pembinaan insan
- Menanam aspek nilai murni
- PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
– Kerja kursus / PEKA
- Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
- LPM membekalkan panduan
- LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
- Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
- Markah dihantar kepada LPM
- Sekolah mengeluarkan sijil
- Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
- Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
- LPM membekalkan panduan
- LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
- Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
- Markah dihantar kepada LPM
- Sekolah mengeluarkan sijil
PRINSIP PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
- Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
- Ditadbir diperingkat sekolah - merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
- Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
- Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
- Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
- Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran .
- —Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
ASPEK PENILAIAN
- Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
- Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
- Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
- Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
- Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
- Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
- Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.
No comments:
Post a Comment