SYARAHAN
- Berformat khusus.
- Syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup
- Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
- Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan.
- Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
- Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
- Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.
Peringkat dan Langkah/Kemahiran:
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan
FORUM
- Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
- Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif, dan rasional.
- Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
- Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
DEBAT
- Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
- Debat ini terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
- Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
- Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
- Jika fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
- Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
- Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.
PIDATO
- Pidato mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
- Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
- Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
- Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
- Pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
- Aktiviti ini menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
- Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
- Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.
SAJAK
- Satu bentuk puisi lisan moden.
~ Sajak ini berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
~ Sajak menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
~ Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.
~ Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
PANTUN
~ Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
~ Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
~ Pantun ini menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
~ Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
~ Pantun terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
~ Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
CERAMAH
- Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
- Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
- Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :-
i) Ceramah agama
ii) Ceramah pendidikan
iii) Ceramah kesihatan
iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment