Pages

Saturday 29 October 2011

INTERAKSI 15 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


PERLAKSANAAN PENILAIAN PEMBELAJARAN
  
KOMPETENSI ASAS
- PKN : menerapkan hidup berdisiplin  di
             rumah dan sekolah.


INDIKATOR
- Menyebutkan keluarga yang tinggal di rumah.
- Memberi contoh hidup berdisiplin di rumah dan
  sekolah.
- Melakukan sikap hormat terhadap orang lain
  (orang tua, guru)
 

LANGKAH-LANGKAH PERLAKSANAAN
i- Kegiatan awal (induksi):
   - Menyanyi lagu berkaitan topik / tema pada
     hari tersebut.
 ii- Kegiatan inti:
     - Menceritakan hidup rukun di rumah dan
       sekolah.
     - Memberi contoh hidup rukun di rumah dan
       sekolah.
     - Menceritakan pengalaman manis / pahit
       hidup berukun di rumah / sekolah.
iii- Kegiatan akhir :
     - Melaksanakan tugasan.
     - Aktiviti penutup.


KAEDAH, SUMBER, MEDIA PEMBELAJARAN
i - Kaedah:
    - Ceramah, Soal jawab
ii - Sumber:
     - Buku teks
iii- Media Pembelajaran:
     Komputer riba, teks


PENILAIAN
- Melalui :
  Lisan, bertulis, afektif / portfolio.

Friday 28 October 2011

INTERAKSI 14 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

INSTRUMEN PENILAIAN PBS

Antara aktiviti atau instrumen pentaksiran berasaskan sekolah adalah seperti berikut:
1. Ujian bulanan
2. Peperiksaan pertengahan dan akhir tahun
3. Peperiksaan percubaan
4. Kuiz dalam kelas
5. Kerja rumah
6. Projek
7. Soal selidik
8. Amali
9. Pemerhatian, dan sebagainya.

Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balas dan sepadu. Sambil mengajar, guru membuat pentaksiran secara tidak formal kerana guru tahu menilai sama ada murid telah menguasai apa yang diajar atau belum.




STANDARD
DESKRIPSI
EVIDEN / INSTRUMEN
BAND 1
Membaca  asas bacaan- huruf vokal, suku kata terbuka dan tertutup dengan cara yang betul.
Murid boleh membaca kuat huruf vokal,  suku kata terbuka dan suka kata tertutup dengan ;
Sebutan – jelas
Bacaan – lancar
Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul.
Sebutan jelas, membunyikan suku kata  dengan betul dan konsisten.
Membaca dengan bimbingan.

Membaca huruf vokal
Suku kata terbuka dana tertutup
(kad suku kata)
Band 2
Membaca perkataan dan memahami, frasa dan ayat tungga ldaripada pelbagai sumber dengan dengan betul.
Murid boleh membaca kuat  perkataan frasa, dan ayat tunggal  dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul. lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan dan membunyikan perkataan, frasa dan ayat   tunggal dengan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca dengan bimbingan.

Membaca perkataan, frasa dan ayat tunggal.
BAND 3
Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
Murid boleh membaca dan memahami  ayat tunggal  dan ayat majmuk dengan ;
Sebutan – jelas
Intonasi - betul
Betul –Menjawab soalan mengunakan diksi  yang betul. lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sebutan ayat   tunggal dan ayat majmuk dengan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca sendiri  tanpa bimbingan.


Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk









BAND 4
Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul
Murid boleh membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan dengan ;
Betul –Membaca kuat petikan dengan sebutan yang betul dan jelas
Intonasi – betul dan tepat dari segi tanda baca
Konsisten -Membaca dengan sebutan betul, jelas  serta memahaminya.
Membaca sendiri  tanpa bimbingan.


Membaca  daripada pelbagai bahan
BAND 5
Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
Murid boleh membaca dan menaakul bahan bacaan dari pelbagai sumber dengan;
Sebutan – Membaca dengan sebutan yang jelas.
Intonasi – betul dan tepat berdasarkan tanda baca.
Betul –Menjawab soalan menggunakan diksi  yang betul, lancar dan mengikut tanda baca
Konsisten - Sentiasa membaca dan memahami kandungan teks
Membaca dan memahami teks dengan sendiri  tanpa bimbingan.


Membaca  teks daripada pelbagai sumber.

BAND 6
Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca
Murid boleh membaca , memahami dan menerangkan isi kandungan teks daripada pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk memperkaya kosa kata, menambah pengetahuan, dan boleh ;
Membaca dengan lancar, sebutan dan intonasi yang betul dan jelas serta konsisten dan tanpa bimbingan

Bahan bacaan sastera dan bukan sastera.


PANDUAN  KEMAHIRAN MEMBACA TAHUN 1







WAJARAN
Keseimbangan pentaksiran sekolah dalam transformasi pentaskiran dinyatakan dalam jadual di bawah bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.
TAHAP
PAJSK
PS
PP
Prasekolah
20%
80%
-
Tahun 1 – Tahun 3
30%
70%
-
Tahun 4 – Tahun 6
20%
50%
30%
Tahun 7 - Tahun 9
20%
30%
50%
Tahun 10 – Tahun 12
10%
10%
10%


§ Pentaksiran Sekolah (PS)

§   Pentaksiran Pusat (PP)
§   Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Kokurikulum (PAJK)
§   Pentaksiran Psikometrik dilapor secara berasingan

PELAKSANAAN

  1.  Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens produk calon yang berpindah
  2.        Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor calon termasuk penghantaran skor ke LPM
  3.        Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk calon yang mengulang
  4.        Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadirSekolah boleh memohon pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan
  5.        Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambilSekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
  6.        Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata pelajaran tersebut

INTERAKSI 13 : PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

KONSEP
Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan sistem pentaksiran yang dirancang  bagi menilaian pencapaian murid daripada aspek kebolehan secara menyeluruh, kokurikulum, psikometrik, sikap , kcenderungan serta minat . Pentaksiran ini dirancang, ditadbir, diskor dan dilapor oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, instrumen bagi pentaksiran yang dijalankan telah disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia yang mana merangkumi piawai, kriteria, panduan dan peraturan. Sistem penilaian ini bertujuan untuk membolehkan calon mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai berbanding kriteria yang ditetapkan. Hal ini membolehkan calon memperbaiki pencapaian diri (assessment of  learning). 

RASIONAL
   i. Mengesan perkembangan murid secara   menyeluruh.
  ii.  Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan  murid dalam pembelajaran lebih awal dari  semasa ke semasa.
  iii.  Mengetahui keberkesanan pengajaran guru.
  iv.  Guru dapat merancang dan mengubah suai   pengajarannya.
  v.   Guru juga dapat menjalankan tindakan susulan   yang sesuai dengan serta - merta.
CIRI-CIRI PBS
  • Penilaian Berasaskan Sekolah merupakan satu bentuk pentaksiran dan penilaian yang dilaksanakan di sekolah. Ianya diurus dan ditadbirkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
  • Keserasian dengan kehendak kurikulum.
    • Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam P&P
  • Berpusatkan calon
    • Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak relatif kepada calon lain
  • Luwes
    • Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedahditaksir bila calon bersedia
  • Berpaksikan pembinaan insan
    • Menanam aspek nilai murni
  •          PBS terbahagi kepada dua (2) bentuk format pentaksiran iaitu:
           – Kerja kursus / PEKA
  •       Calon melaksanakan tugasan di sekolah yang dikendalikan sepenuhnya oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran
  •       LPM membekalkan panduan
  •       LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
  •       Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
  •       Markah dihantar kepada LPM
  •       Sekolah mengeluarkan sijil
- Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah
  •      Calon ditaksir kemahiran berlisan menerusi pelbagai konteks dalam situasi pengajaran dan pembelajaran.
  •       LPM membekalkan panduan
  •       LPM/JPN/PPD melantik pemantau / penyelaras
  •       Pemarkahan dan pelaporan oleh sekolah
  •       Markah dihantar kepada LPM
  •       Sekolah mengeluarkan sijil
PRINSIP PBS
Dirancang di peringkat sekolah merujuk kepada perancangan berikut:
  1.          Murid yang akan ditaksir, bila pentaksiran dibuat, kekerapan pentaksiran, siapa yang terlibat dalam pentaksiran, pemilihan atau pembinaan instrumen pentaksiran, penskoran, pengredan dan pelaporan dibuat oleh pihak sekolah dengan berpandukan kepada Panduan PBS bagi matapelajaran berkenaan.
  2.          Ditadbir diperingkat sekolah - merujuk kepada usaha mengumpul maklumat pentaksiran dan dilaksanakan oleh guru pentaksir yang terlibat dalam pembelajaran murid dan pengurusan evidens.
  3.  Diskor di peringkat sekolah merujuk kepada proses pemberian skor kepada perkara ditaksir berdasarkan skema penskoran.
  4.          Dilaporkan di peringkat sekolah merujuk kepada perumusan skor oleh guru pentaksir bagi mendapatkan tahap penguasaan pelajar. Perumusan skor akan dibuat berdasarkan prinsip rumusan yang telah ditetapkan oleh peraturan penggredan yang telah dibina.
  5.          Dimoderasikan merujuk kepada usaha memastikan tiap-tiap murid ditaksir berdasarkan perkara yang sama. Mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
  6.          Kesahan merujuk kepada sejauh mana skor pentaksiran itu dapat menggambarkan cukup cakup tentang perkara yang ditaksir dan perkara yang ditaksir itu relevan. Ini dapat ditentukan dengan menetapkan perkara yang ditaksir adalah terangkum dalam Huraian Sukatan Pelajaran .
  7.          —Pelaporan positif - skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid dan ini boleh diperbaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa
ASPEK PENILAIAN
  •          Daya kreatif – contoh; mereka cipta, melukis.
  •          Kemahiran proses sains – contoh; memerhati, membuat inferens.
  •          Perlakuan dan amalan nilai – contoh; membantu, berdikari.
  •          Sikap – contoh; bersemangat untuk belajar, gigih bekerja.
  •          Kesihatan dan kecergasan – contoh; sihat, cergas dan aktif.
  •          Kemahiran kinestetik – contoh; bersukan, bergerak secara kreatif.
  •          Bakat dan minat – contoh; kesungguhan membuat sesuatu, kelebihan dalam sesuatu bidang.