Pages

Wednesday 5 October 2011

INTERAKSI 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)


      Jadual Spesifikasi Ujian  menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta
memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Penggubalan sesuatu  kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menurut Kubiszyan dan Borich (2003), Jadual Spesifikasi Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.
      Dari segi pembinaan item ujian, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal sehingga akhir. Dengan itu, jadual inimengandungi  satu metrik yang terdiri daripada  dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran. Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. Jadual ini dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian.



TUJUAN JSU
  •         Ujian tidak dibina secara sembarangan
  •         Dapat menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
  •         Panduan kepada penggubal soalan
  •         Menstabilakan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasa
  •         Menentukan bidang dan pemberatan ujian yang seimbang

KEPENTINGAN JSU


�� Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.
�� Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran.
�� Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.
��Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.
�� Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.
�� Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain.
    PRINSIP-PRINSIP JSU

    LANGKAH PEMBINAAN JSU
    1. Mengkaji sukatan pelajaran bagi mendapatkan maklumat yang menyeluruh mengenai kurikulum yang telah dibina. Antara aspek-aspek yang dikaji ialah;
      • skop dan kedalaman pengajaran sesuatu tajuk; 
      • pendekatan yang telah diambil dala pengajaran sesuatu tajuk;
      • kepentingan bandingan antara satu tajuk dengan tajuk-tajuk yang lain;
      • kompleksiti sesuatu tajuk; dan
      • masa pengajaran yang diperuntukkan bagi sesuatu tajuk.
    2. Menganalisis objektif pengajaran untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana perkara tersebut perlu diuji.
    3. Menentukan jenis soalan yang sesuai.
    4. Menentukan bilangan soalan. 
      • Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang ingin diukur.
      • Jumlah soalan akan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.



    Bil
    KANDUNGAN
    ARAS KEMAHIRAN
    JUMLAH
    WAJARAN
    PENGETAHUAN
    KEFAHAMAN
    APLIKASI
    ANALISIS
    SINTESIS
    PENILAIAN
    ITEM
    %
    1.









    2.









    3.









    4.









    5.









    6.









    7.









    8.









    9.









    10.









    11.









    12.









    13.









    14.









    15.









    16.









    17.









    18.









    19.









    20.










    JUMLAH ITEM









    WAJARAN








                                                                                   Contoh JSU

    No comments:

    Post a Comment