Pages

Sunday 23 October 2011

INTERAKSI 6 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN
  • Dilakukan secara berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru-guru mendapat maklum balas tentang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
  •  Meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor.
  • Dilaksanakan dengan menggunakan senarai semak, rekod anekdot, rekod profil. Dapatan daripada proses ini dapat membantu guru/ pelajar membuat refleksi masing-masing.
  • Guru membuat pemerhatian terhadap keberkesanan bahan, komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.


JENIS-JENIS PEMERHATIAN
  • Memerhati sesuatu perlakuan tanpa membaut sebarang tafsiran/ tanggapan.
    • Melapor perkara yang dilihat sahaja.
    • Membuat laporan (hipotesis).
  • Memerhati perkara yang telah dirancang secara berfikiran terbuka.
    • Menilai pengetahuan, kemahiran dan perlakuan.
  • Memerhati dalam jangka masa yang pendek/ jangka masa yang panjang.
    • Memerhati dalam jangka waktu yang berperingkat.
  • Penilaian dalam bentuk sekuen.

PELAKSANAAN PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

  • Kualiti pemerhatian
    • Guru perlu;
      • Yakin dengan rumusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
      • Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap bidang tugasnya dan prihatin terhadap persekitaran.
      • Peka terhadap perubahan.
      • Ikhlas, jujur, bersikap terbuka dan stabil dalam melakukan penilaian.
  • Bentuk perancangan
    • Perancangan harus rapi dengan pernyataan yang jelas tentang ujian yang dibuat.
    • Mengenal pasti aspek yang akan dinilai.
    • Menetapkan jangka waktu proses  penilaian.
    • Menyediakan alatan yang relevan, menentukan cara untuk  mentadbir penilaian.
    • Menentukan teknik, analisis, mentafsir, merekod dan melapor.
    • Merangka tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian.
  • Merekod pemerhatian
    • Pendekatan --> kaedah individu/ berkumpulan
      • Hasil pendekatan/ pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkodkan dengan jelas.
    • Menjalankan tugasan --> Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihuraikan dengan tepat.
    • Cara merekod dapatan dan rumusan.
      • Merekod dapatan mengikut urutan yang betul.
    • Tindakan susulan.
      • Menjelaskan tindakan susulan yang akan dilaksanakan mengikut hasil yang dicapai.
STRATEGI PEMERHATIAN

Secara berterusan mengikut keperluan yang dikenal pasti/ dirancang.

Menggunakan senarai semak.

Dilaksanakan secara global/ analitikal.

Proses merekod dan menganalisis boleh dibuat menggunakan kertas dan pensel/ komputer.

Melakukan tindak susul terhadap hasil pemerhatian.

Jangka masa bagi sesuatu tempoh pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan.

Mendapat maklum balas daripada guru dan pelajar.

Refleksi mengenai pengalaman bahan diketegorikan sebagai pemerhatian.

FUNGSI MELAKUKAN PEMERHATIAN

  • Pemerhatian ini dapat;
    • Digunakan oleh guru untuk mengikut perkembangan individu/ kumpulan dalam sesuatu proses pembelajaran;
    • Pelajar dapat mencapai tahap sendiri dan rakan sebaya dalam sesuatu proses pembelajaran;
    • Dilaksanakan oleh pelajar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti projek.
  • Membolehkan guru/ pelajar menyusun tindakan susulan yang sesuai dengan proses pembelajaran yang seterusnya.
  • Guru berpeluang memerhatikan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif pelajar setiap hari.
  • Membantu guru mengetahui;
    • Minat pelajar terhadap pelajaran,
    • Strategi/ kaedah yang dapat memberikan kesan yang positif dalam P&P.











No comments:

Post a Comment