Pages

Wednesday 26 October 2011

INTERAKSI 10 : PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

SYARAHAN
  •         Berformat khusus.
  •         Syarahan mestilah mempunyai :
                     (a) Kata alu-aluan/pendahuluan
                     (b) Kata-kata penghadapan
                     (c) Isi
                     (d) Penutup
  •          Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.
  •          Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh yang relevan.
  •           Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi sampingan.
  •          Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan
  •          Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat dan Langkah/Kemahiran:
Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan
Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup
Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan
FORUM

  •          Satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
  •          Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif, dan rasional.
  •          Tajuk forum haruslah dipilih dengan mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
  •          Soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para panel untuk mendapatkan ulasan selanjutnya.
DEBAT
  •         Pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun.
  •         Debat ini  terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang kepada tajuk tersebut.
  •         Huraian yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
  •         Setiap pihak haruslah yakin dan sentiasa menegakkan fakta yang diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
  •         Jika fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan untuk membetulkan fakta tadi.
  •          Setelah selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
  •          Masa yang diberikan untuk sesi perdebatan ditetapkan. markah tidak diberikan untuk lebihan masa.
PIDATO
  •          Pidato mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip berdasarkan tajuk yang diberikan.
  •          Interaksi satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di depan penonton.
  •          Berpidato merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
  •          Hal ini membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta beserta contoh yang diberikan.
  •          Pidato dimulakan dengan kata-kata aluan kemudian perkenalkan tajuk.
  •          Aktiviti ini menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
  •          Keyakinan diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa, nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
  •          Ketepatan masa di ambil kira dalam aktiviti pidato.
SAJAK
  •         Satu bentuk puisi lisan moden.
               ~ Sajak ini berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
               ~ Sajak menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
               ~ Gaya bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.
               ~ Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan irama.
PANTUN
~ Satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
~ Rangkap-rangkap yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
~ Pantun ini menitikberatkan gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
~ Kesinambungan bunyi di hujung setiap baris.
~ Pantun terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
~ Gaya bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
CERAMAH
  •          Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang pakar.
  •          Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik disampaikan penceramah kepada penonton.
  •          Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan. Antara jenis-jenis ceramah ialah :-

          i) Ceramah agama
         ii) Ceramah pendidikan
         iii) Ceramah kesihatan
         iv) Ceramah kesedaran dan sebagainya.



No comments:

Post a Comment