Pages

Monday 24 October 2011

INTERAKSI 7 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI SOAL JAWAB
Melalui kaedah ini;

  • Guru akan dapat menilai murid-muridnya melalui soal jawab yang dijalankan di dalam kelas.
  • Guru dapat mengetahui kelemahan setiap murid dalam sesuatu topik yang diajarkan.
  • Guru dapat mencari penyelesaian terhadap kelemahan yang dialami murid.
  • Guru dapat menggunakan kaedah yang lebih berkesan dan mudah untuk melakukan aktiviti pemulihan terhadap murid lemah.
  • Tujuannya adalah untuk memberikan pemahaman kepada murid supaya dapat mengikuti segala topik yang diajarkan.
  •  Soal jawab merupakan cara yang tercepat bagi mengenal pasti masalah pembelajaran.
  • Penilaian melalui kaedah ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberikan tindak balas yang sewajarnya. 
  • Soalan-soalan yang ditanyakan memerlukan pelajar berfikir secara kraetif dan kritis.

No comments:

Post a Comment