Pages

Saturday 8 October 2011

INTERAKSI 4 : PEMBINAAN UJIAN

PEMBINAAN UJIAN

LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Terdapat lima langkah am pembinaan item ujian, iaitu;


  1. Menyediakan JSU                                                                                                                                                   Langkah awal dalam pembinaan item ujian adalah dengan menyediakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Hal ini bertujuan untuk memastikan item-item ujian yang dibina ini meliputi keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang ditentukan sebelum pengajaran dimulakan. Perancangan awal ini akan dapat menjamin soalan-soalan ujian yang terhasil akan dapat menguukur pengetahuan, kemahiran atau sikap yang guru ingin pelajarnya kuasai. Objektif pengajaran juga menjadi panduan kepada guru tentang bentuk soalan yang digunakan.
  2. Menulis Item Ujian                                                                                                                                                 Setelah siap menyediakan JSU, guru boleh bersedia bagi membina atau menulis item-item ujian. Terdapat beberapa prinsip bagi pembinaan item ujian yang sama dan boleh digunakan untuk menulis item-item ini, iaitu;
    • Arahan menjawab bagi setiap stem hendaklah ringkas dan mudah  difahami pelajar.
    • Menggunakan bahasa yang mudah dan jelas supaya pelajar dapat memahami maklumat dalam soalan dan juga kehendak soalan tersebut, yang seterusnya akan membantu pelajar memberikan jawapan seperti yang dikehendaki soalan.
    • Membina item yang memerlukan jawapan berkaitan pengetahuan/ kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu, dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am.
    • Sekiranya soalan dalam bentuk item betul atau salah/ pernyataan yang "tidak benar", arahan bagi soalan tersebut hendaklah jelas. Contohnya dengan menggunakan huruf besar.
    • Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, nyatakan unit dan ketepatan ukuran yang dikehendaki.
  3. Menyemak Item Ujian                                                                                                                                        Selepas semua item ujian siap ditulis, guru perlu menyemak semula item-item tersebut. Semakan ini perlu dibuat bagi menentukan perkara-perkara berikut:
    • Arahan menjawab bagi setiap bahagian ujian dan setiap soalan adalah tepat dan mudah difahami   oleh murid.
    • Soalan ditulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami murid dan mengandungi maklumat dan kehendak soalan yang jelas dan mencukupi.
    • Soalan yang dibina mencukupi dan seimbang dari segi kandungan dan objektif pengajaran.
    • Soalan yang diberi, terutamanya soalan objektif tidak mengandungi petanda (clue) kepada jawapan yang dikehendaki.
  4. Menilai Item Ujian                                                                                                                                                  Selepas semua item disemak oleh penggubalnya, item-item ini perlu disemak oleh pakar mata pelajaran. Semakan ini perlu dilakukan bagi menentukan perkara-perkara berikut;
    • Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan mudah difahami oleh murid.
    • Soalan dan kehendak soalan adalah jelas dan soalan mengandungi  maklumat yang cukup untuk murid menjawabnya.
    • Soalan-soalan yang dibina mencukupi dan seimbang untuk mengukur kandungan dan objektif pengajaran yang ditetapkan.
    • Jawapan yang diberikan oleh penggubal soalan adalah mengikut kehendak soalan dan boleh dijawab dalam masa yang diperuntukkan. 
  5. Membuat Kajian Rintis Terhadap Keseluruhan Item                                                                   Selepas semua item ujian disemak dan dinilai oleh pakar mata pelajaran, sebaiknya kajian rintis dilakukan terhadap keseluruhan item ujian. Kajian ini bermaksud kajian awal tentang kesesuaian item-item kepada murid yang setara dari segi keupayaan dengan pelajar sasaran. Tujuannya adalah untuk menentukan perkara-perkara berikut;
    •  Arahan menjawab dan bahasa yang digunakan dalam soalan dapat difahami pelajar dan tidak terdapat kesilapan ejaan/ istilah yang digunakan.
    • Soalan yang kehendak soalan adalah jelas dan soalan yang mengandungi maklumat yang cukup untuk pelajar menjawabnya.
    • Soalan-soalan yang diberikan adalah sepadan dengan kandungan pelajaran yang diajar guru dan tidak ada soalan yang terkeluar daripada kandungan tersebut.
    • Pelajar dapat menjawab soalan-soalan dalam masa yang diperuntukkan mengikut kehendak soalan.


PEMBINAAN ITEM UJIAN


PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul.


BAHAGIAN-BAHAGIAN ITEM OBJEKTIF


Stimulus (rangsangan)
Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan.
Berbentukteks, grafik, jadual, perbualan
Stem (badan)
Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
Jawapan pilihan
Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar  rajah atau jadual.


ITEM-ITEM  OBJEKTIF

  1. Pembinaan Item Beraneka Pilihan                                                                                                                           Terdiri daripada :
    • Stimulus
    • Stem
    • Jawapan pilihan
  • Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudah menggunakan OMR), perlu dijawab dengan tepat.
  • Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan;
    • Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
    • Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
    • Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.
    • Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.
    • Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.
    • Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.
    • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
    • Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.
Contoh Item Beraneka Pilihan
1.    Banyak maklumat dapat diperolehi murid-murid .......................... Pameran Antidadah yang dianjurkan oleh    pihak sekolah.               
A  di
B  antara
C  dengan
D  daripada

PEMBINAAN ITEM BETUL-SALAH 
Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.
PRINSIP ITEM BETUL-SALAH
  1. Arahan hendaklah jelas.
  2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya.
  3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, supaya dapat mengelakkan murid daripada meneka jawapan.
  4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
  5. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yang jelas salah.
  6. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
  7. Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam pernyataan, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
  8. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan jawapan yang salah.


CONTOH ITEM BETUL- SALAH

PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG
Item ini terdiri daripada dua bahagian 
  • Stimulus (jika ada)
  • Pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi murid. 


Item ini sangat sesuai  digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid memberikan jawapan pendek yang tepat.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG
  1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
  2. Pernyataan ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas.
  3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
  4. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.
  5. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
  6. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.
CONTOH ITEM MENGISI RUANG KOSONG
Tiga warna utama yang telah dipelajari dalam kelas sains ialah ________, ________ dan ________.


PEMBINAAN ITEM PADANAN
  • Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid. Kedua-dua set maklumat ini terdiri daripada perkataan, set, pinsip atau pernyataan.
  • Perlu dipastikan bahawa maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan dengan maklumat dalam set kedua.
  • Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan murid mengaitkan fakta dan konsep.
PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM PADANAN
  1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu membuat padanan satu ke-satu atau padanan yang lain.
  2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
  3. Aras kesukaran bagi setipa perkaitan hendaklah setara.
  4. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya.
  5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
  6. Bilangan padanan tidek terlalu banyak.
CONTOH ITEM PADANAN


PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF
Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.


PRINSIP AM PENYEDIAAN ITEM SUBJEKTIF
  1. Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar agar soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini.
  2. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada murid perlu manjawab dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
  3. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
  4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
  5. Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu murid untuk mnejawab soalan tersebut.
  6. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
  7. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.



PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN PENDEK
  • Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.
  • Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi/ penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.
  • Item jenis ini boleh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif.



PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA
  • Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan secara bebas.
  • Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
  • Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu menyediakan skema/ peraturan permarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.
KEKUATAN DAN KELEMAHAN ITEM BERJAWAPAN TERBUKA


KEKUATAN
KELEMAHAN
  • Item jenis ini menggalakkan murid untuk;
  • Meneroka pelbagai cara atau pendekatan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
  • Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat.
  • Mempamerkan sesuatu idea yang asli.
  • Menggabungkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat .
  • Mengenal pasti, memilih, menyusun, dan mempersembahkan sesuatu perkara atau idea dalam bentuk komunikasi bertulis.
  •  

Namun begitu, item jenis ini memerlukan
  • Pemeriksa yang terlatih untuk memeriksa jawapan.
  • Masa yang panjang untuk memeriksa jawapan.
  • Masa yang panjang untuk murid menulis jawapan.
  • Murid menulis secara jelas dan boleh dibaca.



KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM OBJEKTIF


KEKUATAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF
KELEMAHAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF
  • Persampelan kandungan yang luas.
  • Dapat diperiksa secara objektif.
  • Dapat diperiksa oleh mesin.
  • Cepat dan mudah diperiksa.

  • Sukar membina item terutama bagi aras yang tinggi.
  • Menggalakkan tekaan.





KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JENIS ITEM SUBJEKTIF


KEKUATAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF
KELEMAHAN ITEM-ITEM SUBJEKTIF
  • Keupayaan mengukur objektif pengajaran pada peringkat tinggi.
  • Dapat mengelakkan daripada tekaan.
  • Item mudah dibina.

  • Persampelan kandungan agak sempit.
  • Susah dan lambat diperiksa.
  • Tidak dapat diperiksa secara objektif.
  • Tidak dapat diperiksa oleh mesin.

2 comments:

  1. Alhamdullilah dan syukur atas perkongsian Cikgu dalam blog ini. I a telah membantu saya saya secara sepintas lalu isu berkaitan saoalan dan penyoalan....

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu.ia amat membantu saya. terus sebarkan ilmu cikgu..syabas

    ReplyDelete