Pages

Friday 14 October 2011

INTERAKSI 5: JENIS PENILAIAN BAHASA

Penilaian ialah proses menilai sesuatu konstruk berasaskan kepada ukuran -ukuran yang diperoleh daripada pengukuran-pengukuran yang dijalankan. Tujuan penilaian dalam konteks persekolahan atau di bilik darjah adalah berkaitan dengan penilaian hasil pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek pengajaran, penilaian yang dibuat membolehkan guru memperbaiki pengajaran berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada proses tersebut. Dalam konteks pembelajaran pula, maklumat daripada penilaian dapat membantu guru membuat diagnosis tentang kelemahan dan kekuatan murid bagi tajuk-tajuk yang diajar. Maklumat ini seterusnya dapat membantu guru untuk merancang dan melaksanakan program pemulihan atau pengayaan untuk murid-muridnya. Terdapat beberapa jenis penilaian;

PENILAIAN RUJUKAN NORMA

Penilaian Rujukan Norma merupakan penilaian yang dibuat dengan membandingkan pencapaian seseorang murid dengan pencapaian murid/ kumpulan murid lain yang mengambil ujian yang sama. Disebabkan Penilaian Rujukan Norma bertujuan untuk membandingkan pencapaian murid, ujian untuk Penilaian Rujukan Norma biasanya meliputi kandungan pelajaran yang luas, dan dengan demikian, penilaian ini tidak dapat memberikan maklumat tentang pengetahuan / kemahiran seseorang murid bagi tajuk pelajaran tertentu. Ujian untuk Penilaian Rujukan Norma ini perlu dibina untuk menghasilkan perbezaan pencapaian yang maksimum di kalangan murid. Bagi memastikan tujuan ini tercapai, tahap kesukaran soalan yang dibina perlu dikawal. Selain itu, keputusan ujian ini juga dapat menentukan kedudukan seseorang murid dalm bilik darjah atau tahun/tingkatannya.  

PENILAIAN RUJUKAN KRITERIA
Penilaian ini mempunyai tujuan yang berbeza daripada ujian/ Penilaian Rujukan Norma. Matlamat Penilaian Rujukan Kriteria adalah untuk membandingkan pencapaian murid dengan kriteria tertentu, iaitu sama ada kriteria tersebut dapat dikuasai murid atau tidak. Pendekatan ini dipelopori oleh Glaser (1963). Menurut Glaser, kriteria yang digunakan tidak bermaksud kemahiran tertinggi yang perlu dikuasai murid, tetapi lebih kepada kriteria yang ditetapkan oleh guru, iaitu pada aras sama sepatutnya murid perlu capai. Menurut Popham (1981), ujian Rujukan Kriteria digunakan untuk menentukan status pencapaian individu murid  dalam domain tingkah laku yang ditetapkan. Oleh itu, ujian ini dibina berpandukan kepada kriteria/ tingkah laku yang telah ditetapkan. Ujian ini juga lebih terperinci/ mendalam dan meliputi kandungan pelajaran tertentu sahaja. Maklumat yang terperinci ini boleh membantu guru mengenal pasti kelemahan setiap orang muridnya bagi tajuk pengajaran tertentu. Daripada maklumat tersebut, guru boleh merancang dan melaksanakan program pemulihan untuk murid-muridnya atau memperbaiki/ mengubah keadaan pengajaran supaya murid mudah menguasai/ mencapai sesuatu objektif pengajaran.

PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN RUJUKAN NORMA DAN KRITERIA 

PERKARA
UJIAN RUJUKAN NORMA
UJIAN RUJUKAN KRITERIA
Konsep
Ujian yang membandingkan pencapaian murid dengan murid/ kumpulan murid yang lain.

Ujian yang membandingkan pencapaian murid dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.
Tujuan
  • Membandingkan pencapaian antara murid/ kumpulan murid.
  • Menentukan pencapaian sama ada lulus/ gagal, lemah/sederhana/cemerlang.
  • Memilih murid untuk tujuan pengikhtirafan- memberi sijil.
  •  

  • Menentukan tahap penguasaan sesuatu kemahiran yang telah dipelajari mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

Ciri-ciri soalan
Bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar dan mempunyai indeks diskriminasi yang tinggi.

Soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kepada kriteria/ objektif pelajaran tertentu.
Ciri-ciri ujian
Penentuan gred bagi menentukan pencapaian murid dalam pelbagai peringkat.

Tiada gred ditetapkan, tetapi memadai dengan penyataan lulus/ gagal sahaja.
Cakupan kandungan
Meliputi tajuk/ kandungan pembelajaran yang lebih luas.
Tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus.

Contoh ujian
Peperiksaan akhir penggal, UPSR, PMR, SPM, STPM.
Ujian pendek, tugasan, latihan, soal jawab dalam bilik darjah.

PENILAIAN FORMATIF
PENILAIAN SUMATIF
PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN SUMATIF DAN FORMATIF
PERKARA
PENILAIAN FORMATIF
PENILAIAN SUMATIF
Konsep
Penilaian yang boleh dibuat secara formal/ tidak formal untuk mengesan penguasaan/ kelemahan murid bagi setiap tajuk pengajaran.

Penilaian yang dijalankan secara formal bagi menentukan pencapaian murid di akhir pengajaran, seperti pada hujung penggal/ akhir tahun.

Waktu penilaian kaedah
Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Formal : ujian pensel-kertas.
Tidak formal : pemerhatian, soal jawab, tugasan, latihan.
Dibuat secara individu/ berkumpulan.

Pada penggal atau akhir tahun persekolahan.
Formal : ujian pensel-kertas, ujian lisan.
Ditadbir secara berkumpulan.

Tujuan
Selepas tahap kemajuan/ penguasaan murid ditentukan, tindakan susulan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan murid.

Selepas pencapaian murid ditentukan bagi tempoh persekolahan tertentu, gred pencapaian diberikan kepada murid.
Selepas penilaian dijalankan
Mengatasi kelemahan murid dengan mengulang semula topik atau mengadakan pemulihan.
Menjalankan aktiviti pengayaan bagi murid yang tiada masalah.

Menempatkan murid mengikut pencapaian. Memberi pengikhtirafan – sijil, hadiah dan sebagainya. Membaiki kurikulum.


No comments:

Post a Comment