Pages

Monday 24 October 2011

INTERAKSI 8 : KAEDAH PENILAIAN BAHASA

PENILAIAN MELALUI PROJEK


DEFINISI
Mengikut Poh (2003), projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada matlamat yang spesifik. Ianya boleh dilaksanakan untuk menggalakkan murid menggunakan kemahiran proses sains. Selain dari itu projek juga boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran sains. Pengajaran dan pembelajaran berasaskan projek boleh dilakukan secara individu atau kumpulan berdua atau bertiga di bawah bimbingan yang minima oleh guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia melalui ”Handbook- Project Based Learning” menekankan kaedah ini sebagai strategi pembelajaran yang membawa pelajar mempelopori ilmu keluar daripada tradisi bilik darjah


CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK

  • Projek/ tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk.
  • Menggunakan jangka panjang.
  • Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
  • Pelajar dibenarkan untuk membina penyelesaian alternatif.
  • Pelajar dikehendaki melibatkan diri secara aktif dalam menjalankan aktiviti/ projek dan kumpulan koperatif.
  • Pelajar boleh menjalankan tugasan secara individu atau berkumpulan.
  • Pelajar dapat mensintesis pengetahuan yang dikumpul dan menilai pembelajaran.
  • Guru berpeluang menilai pelajar dalam aspek;
    • kreativiti
    • kemahiran merancang
    • integrasi pengetahuan
    • kebolehan berkolaboratif
  • Pelajar dapat menunjukkan kebolehan mengkaji/ membentukkan sesuatu.
  • Pelajar melaksanakan dan menghasilkan sesuatu.
  • Pelajar mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
  • Aktiviti pembelajaran yang bermakna.

Dengan itu, penilaian melalui projek ini dapat;

  • Mengukur proses metakognitif dan sikap pelajar.
  • Memperoleh skor yang diberi berdasarkan kriteria spesifik.
  • Membantu pelajar mengesan bidang-bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin.

JENIS-JENIS PENILAIAN PROJEK

  1. Latihan dan soalan open-ended untuk pelajar meneroka secara lisan atau bertulis.
  2. Extended tasks assignment - menulis puisi, melaksana dan menerangkan keputusan ujian, membina model.
  3. Portfolio - koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
  4. Tugasan prestasi - drama, lakonan, persembahan, poster atau model.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJALANKAN PROJEK
Langkah 1 : Penentuan tajuk dsan skop projek.
Langkah 2 : Penilaian awal projek.
Langkah 3 : Pelaksanaan strategi.
Langkah 4 : Pemprosesan maklumat.
Langkah 5 : Penilaian hasil projek.

No comments:

Post a Comment